(ARKIB) Bekas anggota UTK, Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu menunjukkan semula aksi pukulan rotan yang dilakukan sewaktu menjadi anggota Polis di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan supaya memansuhkan semua jenis hukuman berunsur penderaan fizikal seperti merotan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kematian seorang banduan di penjara Pokok Sena, Kedah, baru-baru ini.

“Suhakam benar-benar bimbang apabila mengetahui banduan tersebut meninggal dunia selepas menerima hukuman rotan.

“Kami menentang semua jenis hukuman berunsur penderaan fizikal (corporal punishment) termasuk rotan kerana ia melanggar asas hak asasi dan kehormatan manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Malaysia perlu menyertai negara lain dalam mengambil pendirian tegas menentang hukuman berbentuk penyeksaan dan fizikal.

Menurut suruhanjaya itu, ASEAN – Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja dan Vietnam sudah menyertai Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Perlakuan atau Hukuman Lain Yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Merendahkan Martabat (CAT).

Ia juga menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan penuh, bebas dan telus terhadap punca kematian.

Baru-baru ini, media melaporkan kes kematian banduan di Penjara Pokok Sena, selepas hukuman sebatan adalah disebabkan jangkitan kuman dalam darah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Yeap..atas nama hak asasi manusia..khususnya hak asasi penjenayah..maka semua bentuk hukuman termasuk penjara fizikal yg menghabiskan duit pembayar cukai patut dihapuskan…penjenayah seperti pembunuh, perogol, peliwat, perompak mestilah dipulihkan dgn cara didikan di rumah..bukan fizikal mrk dipenjara…hak asasi penjenayah sememangnya lebih penting berbanding hak asasi mangsa…bodoh punya Suhakam

Comments are closed.