SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini disebabkan para pedagang mengambil untung selepas harga minyak mentah melonjak dua tahun tinggi.

Meskipun begitu, pasaran masih kekal kukuh dipacu oleh jangkaan permintaan tinggi dari China dan kawalan bekalan.

Selain itu, para pedagang berkata, pasaran juga sedang mengintai ketegangan di Asia Barat.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$63.61 setong pada 0243 GMT, susut AS$0.08 tetapu masih hampir dua setengah tahun tinggi pada AS$64.65 setong yang dicapai pada awal minggu ini.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) pula AS$57.06 setong, jatuh AS$0.14 daripada harga penutup terakhir, juga masih tidak jauh berbanding AS$57.69 setong pada awal minggu ini, merupakan paras tertinggi sejak Julai 2015.

Brent dan WTI, kedua-duanya susut sedikit kerana pengambilan untung di kalangan peniaga,” kata Jeffrey Halley, penganalisis pasaran kanan di broker niaga hadapan OANDA di Singapura.

Walaupun begitu, pasaran minyak terus kukuh, katanya.

Data awal perdagangan China dijangka menunjukkan import minyak mentah yang kukuh ketika pembekal minyak utama, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia sedang mengawal bekalan untuk menaikkan harga minyak.

Namun, peningkatan pengeluaran minyak di Amerika Syarikat telah mendorong kawalan pasaran dilanjutkan sehingga 13 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.6 juta tong sehari.

Selain fundamental bekalan dan permintaan, para pedagang juga memantau ketegangan yang berlaku di Asia Barat.

“Peletakan jawatan Perdana Menteri Lubnan dan pelancaran peluru berpandu oleh pemberontak Houthi di Yaman ke atas Riyadh telah meningkatkan risiko konflik serantay,” kata perunding risiko Kumpulan Eurasia Group. – MalaysiaGazette