Eman Ahmed Abd El Aty sebelum menjalani pembedahan. foto Agensi

SYDNEY – Penyelidik Australia telah menemui sejenis ubat yang berpotensi menterbalikkan kesan negatif obesiti maternal, lapor agensi berita China Xinhua.

Ubat itu, yang dinamakan NMN (nikotinamida mononukleotida), meningkatkan metabolisme tenaga dan mampu memberikan manfaat sama seperti latihan yang dilakukan bagi memerangi obesiti dalam kalangan bayi dengan berat badan berlebihan.

Saintis di Universiti New South Wales, Sydney (UNSW) telah menemui ubat itu semasa melakukan satu kajian terhadap tikus.

Ia menghasilkan keputusan ujian yang memberangsangkan dalam mengurangkan kesan metabolik negatif obesiti maternal terhadap anak.

“Terdapat banyak keterujaan untuk meningkatkan metabolisme secara farmakologi dalam pelbagai cara yang mungkin boleh membantu mereka yang obes,” kata Margaret Morris, yang menerajui kajian itu dan merupakan Ketua Farmakologi Fakulti Sains Perubatan di universiti berkenaan pada Khamis.- BERNAMA