Tentera Zimbabwe mengepung lalu lintas di Harare. foto Agensi

HARARE – Tentera Zimbabwe telah mengambil alih ibu pejabat penyiar kebangsaan Zimbabwe, ZBC, berikutan krisis politik yang semakin meningkat.

Letupan juga telah dilaporkan di ibu negara, Harare, tetapi puncanya tidak jelas.

Terdahulu, duta besar negara itu di Afrika Selatan menafikan perbincangan tentang rampasan kuasa.

Ia berlaku apabila parti pemerintah Zimbabwe mendakwa ketua tentera negara itu melakukan khianat selepas memberi amaran tentang kemungkinan campur tangan ketenteraan.

Ketua tentera negara itu, Jeneral Constantino Chiwenga telah mencabar Robert Mugabe selepas Presiden Zimbabwe itu memecat naib presiden.

Jeneral Gen Chiwenga berkata, tentera bersiap sedia untuk bertindak untuk membersihkan parti Mugabe, Zanu-PF.

Ketegangan dibangkitkan lagi pada hari Selasa apabila kenderaan berperisai dilihat mengambil kedudukan di jalan raya di luar Harare, walaupun tujuannya tidak diketahui.

Sesetengah kakitangan di ZBC diusir apabila tentera mengambil alih pejabat mereka di Harare, kata sumber kepada Reuters.

Para pekerja dimaklumkan kakitangan ZBC tidak perlu bimbang kerana tentera hanya melindungi premis berkenaan.

Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan dari Mugabe atau wakilnya.

Duta Zimbabwe ke Afrika Selatan, Isaac Moyo, memberitahu Reuters bahawa kerajaan itu “utuh” dan menolak sebarang spekulasi kemungkinan rampasan kuasa yang disifatkan “hanya tuntutan media sosial”.

Mugabe memecat Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa minggu lalu, di tengah-tengah isu peralihan kuasa.

Mnangagwa sebelum ini dilihat sebagai pewaris kepada presiden, tetapi kedudukan itu semakin hampir dimiliki oleh isterinya, Grace Mugabe. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast