Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.
Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan negeri.

KUALA LUMPUR – Biarpun Jalan Pintasan Rawang (Rawang Bypass) telah dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof pada Selasa lalu, namun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dikhabarkan akan mengadakan satu lagi majlis perasmian laluan itu.

Perasmian yang dijangka dilakukan Azmin pada Rabu ini, pukul 9 pagi sememangnya menimbulkan tanda tanya kerana laluan pintasan itu telah pun dibuka secara rasmi dan orang ramai telah mula menggunakannya.

Pendekatan yang diambil Azmin untuk merasmikan kali kedua jalan pintasan ini dilihat sebagai cubaan kerajaan negeri untuk mendapatkan kredit sendiri di sebalik kerja-kerja pembinaan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek pembinaan pintasan ini melibatkan peruntukan RM628 juta adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9).

Jalan pintas Rawang ini mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November lepas.

Keunikan Jalan Pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras bumi.

Pembinaan ini dijangka memanfaatkan lebih 30,000 kenderaan sehari. -MalaysiaGazette.