Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir bersarapan pagi bersama wakil ketua-ketua pengarang akhbar tempatan ketika membuat lawatan di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 04 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) kali ini penting sebelum gendang pilihan raya umum bermula dan diharapkan pengamal media dapat membuat liputan yang terbaik.

Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan peranan dan pengaruh pengamal media mampu mengerakkan semangat perjuangan parti untuk menghadapi pilihan raya yang paling penting dalam sejarah parti tersebut.

“Saya yakin pengaruh dan kemampuan para pengamal media yang bertindak umpama gendang dalam kita menuju ke arah pilihanraya yang semakin hampir ini,” katanya semasa lawatan ke laman media sempena PAU 2017 di PWTC hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri itu meluangkan masa selama lebih kurang sejam melawat dan beramah mesra lebih para petugas media yang telah bersedia berkampung selama lima hari memberi liputan menyeluruh perhimpunan agung parti keramat Melayu itu.

Beliau telah meninjau kemudahan dan fasiliti yang disediakan kepada petugas media seperti ruang makan, surau dan beberapa kemudahan lain.

Seramai 1,795 orang petugas media disediakan ruang bertugas yang selesa dan kondusif dilengkapi dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi untuk menyalurkan liputan terkini berita dan informasi berkenaan perhimpunan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast