Home Nasional Gadis tawar kahwin kontrak dikecam netizen

Gadis tawar kahwin kontrak dikecam netizen

KUALA LUMPUR- Gara-gara posting menawarkan diri untuk kahwin kontrak dalam laman Facebook, seorang janda yang dikenali sebagai Siti Amiza Baharuddin, 22, tahun dikecam teruk oleh netizen.

Namun begitu dia kemudiannya mempertahankan tindakannya itu dan berpendapat ia merupakan hak peribadi sambil mendedahkan kini dalam proses mencari calon suami selepas bercerai pada tahun lalu.

“Saya tertekan kerana keluarga meminta saya kahwin cepat. Sebab itulah saya memuat naik status sedemikian untuk mencari calon idaman saya.

“Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak gemuk. Benar dalam status di Facebook saya tidak mahu mengemas rumah dan memasak kerana tidak mahu dikongkong. Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami saya.

“Tetapi tindakan saya itu dikecam, namun saya tidak kisah,” katanya menerusi video yang dimuat naik 19 jam lalu.

Bagaimanapun kaunselor keluarga, Hushim Salleh berkata, perkahwinan kontrak adalah jelas ditegah dalam Islam dan hanya diamalkan oleh puak Syiah sahaja.

“Nikah Muta’ah atau pernikahan yang mempunyai perjanjian tertentu adalah ajaran Syiah dan harus dielakkan.

“Mungkin wanita itu mahu jaminan terhadap dirinya supaya tidak ditinggalkan kelak. Bagaimanapun, individu itu seperti memperdagangkan hubungan suami isteri,” katanya.

Pada laman media sosial, rata-rata netizen menganggap tindakannya wanita tersebut seperti merendah-rendahkan ikatan perkahwinan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast