Thomas Bach

MOSCOW – Rusia telah dilarang bersaing pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang tahun depan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Tetapi atlet Rusia yang boleh membuktikan mereka bersih daripada penggunaan doping akan dibenarkan bersaing di Korea Selatan dengan bendera neutral.

Keputusan itu dibuat susulan siasatan terhadap tuduhan doping yang ditaja negara tersebut pada Sukan Olimpik 2014 yang dianjurkan oleh Rusia di Sochi.

“Ia perlu dihentkan dalam episod yang merosakkan,” kata IOC.

Keputusan itu telah dikritik secara meluas di Rusia, dengan beberapa ahli politik menggesa sukan tersebut diboikot.

Namun ada pegawai-pegawai sukan yang menyambut baik peluang itu untuk ‘membersihkan’ atlet.

Presiden IOC, Thomas Bach dan lembaga pengarahnya yang membuat pengumuman di Lausanne berkata, keputusan itu dibuat setelah membaca hasil penemuan dan cadangan siasatan selama 17 bulan yang diketuai oleh bekas presiden Switzerland, Samuel Schmid.

Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) telah digantung tetapi IOC berkata, ia akan menjemput atlet Rusia yang bersih untuk bersaing pada bulan Februari di bawah nama ‘Sukan Olimpik dari Rusia’ (OAR).

Walaupun penafian Rusia berulang, laporan Schmid telah menemui bukti “manipulasi sistemik terhadap peraturan dan sistem anti-doping” yang menyokong tuduhan penglibatan kerajaan dalam penipuan semasa Olimpik Musim Luruh hampir empat tahun yang lalu .

Bach berkata: “Ini adalah satu serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini mengenai keutuhan Sukan Olimpik dan sukan-sukan lain. Ini harus melambangkan perlunya ada usaha untuk menghentikan episod yang merosakkan dan menjadi pemangkin untuk sistem anti-doping yang lebih berkesan”. – MalaysiaGazette