Kayveas: Sudah jelas, saya calon untuk Parlimen Cameron

KUALA LUMPUR: Presiden MyPPP, Tan Sri M.Kayveas berikrar akan mempertahankan kerusi Parlimen Cameron berikutan gerak kerja yang dijalankannya secara konsisten di kawasan itu.

Beliau yang juga merupakan anak jati Cameron, turut menolak dakwaan yang dibuat oleh MIC bahawa kerusi tersebut merupakan kerusi tradisi parti bawah kepimpinan Datuk Seri Subramaniam itu.

Menurutnya, setelah penyandang kerusi tersebut yang juga bekas ahli MIC, Datuk Seri Palanivel Govindasamy dipecat daripada parti itu, kerusi tersebut secara automatik menjadi kerusi miliknya untuk bertanding pada PRU akan datang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast