Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruldin Amiruldin sebak dan menitiskan air mata ketika menutup Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini sebentar tadi.

Beliau tidak mampu menahan sebak ketika membacakan teks ucapan penangguhan persidangan yang diselitkan dengan bait-bait perjuangan Melayu dan bangsa.

Persidangan ditangguhkan kira-kira jam 5.25 petang dan diakhiri dengan nyanyian lagu warisan ‘Anak Kecil Main Api’ dan diikuti bacaan selawat oleh para perwakilan dan hadirin di dalam dewan.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung selama lima hari sejak Selasa lalu berakhir hari ini dengan dihadiri seramai 5,739 perwakilan daripada 191 UMNO Bahagian dari seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast