DUBAI – Arab Saudi membenarkan panggung wayang awam dibuka di negara itu.
Malah, panggung wayang pertama dijangka mula dibuka pada awal tahun depan.
Menteri Kebudayaan dan Maklumat Arab Saudi, Awwad bin Saleh Alawwad berkata, Suruhanjaya Am Media Audiovisual telah memulakan proses pelesenan panggung wayang.
“Kami menjangkakan panggung wayang pertama dibuka pada Mac tahun depan,’ katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette