Home Ekonomi Andrew Sheng pengerusi baru KRI

Andrew Sheng pengerusi baru KRI

Andrew Sheng

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mengumumkan pelantikan Tan Sri Andrew Sheng sebagai pengerusi barunya berkuatkuasa pada 29 November lalu.

Beliau adalah ahli lembaga pemegang amanah KRI.

Andrew Sheng terkenal dalam kalangan kewangan global sebagai bekas pegawai di Bank Pusat dan pengatur kewangan di Asia dan pengulas mengenai kewangan global.

Beliau kini merupakan felo di Dialog Global Asia, Universiti Hong Kong, ketua penasihat Perbankan China Suruhanjaya Pengawalseliaan, dan ahli lembaga Khazanah Nasional Berhad.

Andrew juga berkhidmat sebagai ahli majlis penasihat antarabangsa China Investment Corporation, Bank Pembangunan China, Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China dan Sekuriti dan Lembaga Pertukaran India.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengerusi Suruhanjaya Sekuriti & Niaga Hadapan Hong Kong dari Malaysia 1998 hingga 2005, sebelum ini juga pernah bersama Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong dan di Bank Negara Malaysia.

Beliau juga telah mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Suruhanjaya Pertubuhan Sekuriti Antarabangsa (IOSCO) dari tahun 2003 hingga 2005 dan bekerja dengan Bank Dunia dari tahun 1989 hingga 1993. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast