LONDON – Putera Harry dan tunangnya kelahiran Amerika Syarikat (AS), Meghan Markle akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei tahun depan, menurut Istana Kensington.

Cucu Ratu Elizabeth itu dan Markle yang membintangan siri drama Suits mengumumkan pertunangan mereka pada bulan lalu dengan majlis perkahwinan akan berlangsung di Gereja St George di Istana Windsor.

“Putera Harry dan Meghan Markle akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei 2018,” menurut kenyataan Istana Kensington seperti dilaporka Reuters.

Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin di Windsor, barat London, kerana ia adalah ‘tempat istimewa kepada mereka’.

Nenek Harry yang berusia 91 tahun, Elizabetth, akan menghadiri majlis tersebut.

Markle merancang menjadi warga Britain walaupun akan mengekalkan kewarganegaraan AS ketika beliau menjalani proses itu.

Gereja St George berada dalam kawasan Istana Windsor yang merupakan kediaman raja dan ratu British hampir 1,000 tahun. – Reuters