Home Politik Mahfuz dakwa Nazri jadi ‘kambing hitam’ isu IMAMS

Mahfuz dakwa Nazri jadi ‘kambing hitam’ isu IMAMS

KUALA LUMPUR – Seperti biasa walaupun sesuatu isu sudah selesai namun pembangkang masih mahu menjadikannya modal termasuk isu Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Dalam hal itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada muslihat dan cuba menjadi hero selepas sistem berkaitan ibadat umrah itu dibatalkan serta merta.

“Apa muslihat Najib mengatakan yang dia tidak bersetuju. Kenapa setelah perkara ini menjadi kecoh baru kata tak setuju. Kenapa dari awal PM Najib tak kata tak setuju?

“Oleh sebab itu Najib cuba tampil sebagai ‘hero’ kononnya beliau tidak bersetuju IMAMS yang mana beliau sendiri setuju daripada awal?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz seterusnya mendakwa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan pegawai tinggi di kementerian itu dikambinghitamkan.

Selain itu, Mahfuz menegaskan kerajaan sepatutnya membuat pemantauan dan kajian terlebih dahulu tentang sistem tersebut sebelum ianya dilaksanakan agar tidak memberikan kesan buruk kepada jemaah Umrah.

“Persoalannya, kenapa kerajaan tidak mengkaji dengan lebih mendalam tentang keberkesanan penggunaan sistem IMAMS yang mana ianya akan menekan jemaah Umrah untuk sebuah syarikat yang mengendalikan sistem IMAMS boleh mengambil peluang mengumpul kekayaan berjuta ringgit,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Setiap dasar di kementerian dibuat dan dilaksanana oleh para pegawai kanan kementerian diketuai KSU/TKSU. Sebelum dilancarkan pihak kementerian akan memaklumkan kepada menteri/tim menteri. Sudah menjadi satu prosedur utk mengadakan PC bagi pelancaran sesuatu produk dibuat pihak yg lbh tinggi iaitu menteri atau tim menteri bila ketiadaannya.

    Dalam hal ini PM juga akan dimaklumkan oleh menteri terlibat. Namun bagi kes IMAMS mungkin PM samada dimaklumkan atau diselewengkan fakta oleh pihak2 berkepentingan.

    Justeru adah tidak adil PM nak disalahkan kerana setiap kementerian ada fungsi masing2. Tak kan sistem untuk umrah pun PM nak buat.

    Mahfuz bean memang suka cari salah PM

Comments are closed.