Indah Ruhaila.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Indah Ruhaila memaklumkan dia bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya pada Ahad ini.

Indah, 30, bagaimanapun memberitahu, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan tertutup untuk keluarga dan sahabat terdekat.

“Saya akan melangsungkan pernikahan pada 24 Disember ini dan meminta maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media yang saya sayangi kerana majlis ini akan diadakan secara sederhana.

“Majlis tersebut hanya untuk keluarga dan sahabat rapat sahaja,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Sementara itu, Indah menjelaskan, dia akan mendedahkan bakal suami dan memberi kenyataan rasmi selepas majlis pernikahan.

Sebelum ini, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, mengikat tali pertunangan dengan seorang pengurus akaun seminggu sebelum menyertai program Akademi Fantasia 2013.

Namun hubungan itu berakhir pada Mac lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast