Home Nasional Pengguna gembira beli ikan segar, murah di MAEPS

Pengguna gembira beli ikan segar, murah di MAEPS

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan) melihat jenis ikan yang dijual pada program Jualan Ikan Segar di laman perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 23 DISEMBER 2017.

SERDANG – Jualan Ikan Hidup Gred Premium Harga Ladang yang  diadakan setiap bulan pada minggu pertama bakal memberi kegembiraan kepada penduduk yang tinggal sekitar Serdang dan Seri Kembangan.

berdekatan dengan Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS).

Apa tidaknya, harga ikan segar yang ditawarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Laman Perikanan, Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) lebih murah daripada biasa.

Harganya lebih murah antara 10 hingga 20 peratus daripada harga pasaran biasa.

Norimah MunirSeorang ibu tunggal, Norimah Munir, 45, gembira dengan insiatif kerajaan yang dapat membantunya, yang bekerja sebagai pemandu bas menampung kos seharian.

“Eloklah jualan seperti ini. Cuma kalau boleh perbanyakkan jualan makanan. Macam yang datang boleh bersarapan sambil membeli.

“Saya tengok harga-harga ikan di sini dijual lebih murah antara RM5 hingga RM10. Gembira bila boleh berjimat, selepas ini memang datang lagi,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Noraina Nawi

Suri rumah, Noraina Nawi, 63, yang sering membeli ikan di pasar tani cukup teruja dengan jualan ikan segar di MAEPS.

“Makcik tahu program ini pun daripada adik mak cik. Bagitau ada jual ikan segar murah. Baru tahu pagi tadi juga, terus ke sini. Kalau tak pergi ke pasar tani sahaja.

“Bagus apa yang dibuat ni, hanya terpulang kepada pengguna sahajalah untuk membeli sama ada ikan biasa di pasar atau yang mempunyai selera ikan segar seperti saya,” ujar beliau.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, jualan yang pertama berlangsung hari ini akan diadakan secara konsisten pada minggu pertama setiap bulan demi meringankan beban rakyat.

Dalam pada itu, Mohd. Saiful Soleh, 32, yang melihat perbezaan harga yang ditetapkan di MAEPS  bukan sahaja murah tetapi dalam masa yang sama pembeli mendapat kepuasan merasai ikan segar menyifatkannya sebaga sangat berbaloi.

Mohd Saiful Soleh

“Saya tahu mengenai jualan ini daripada group Whatsapp. Harga di sini berpatutan berbanding di luar, ikan pun segar. Ini pun pertama kali beli ikan hidup yang murah.

“Seekor tak sampai RM10 pun,” katanya yang menyambut baik jualan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast