KUALA LUMPUR -Seorang lelaki warganegara Malaysia dipercayai ditangkap oleh pihak berkuasa Pakistan kerana cubaan menyeludup senjata.
Pegawai Keselamatan Pakistan seperti status dan gambar dimuatnaik oleh akaun Facebook Info Roadblock JPJ/Polis dikatakan berjaya menahannya di Jinnah International air port Karachi Pakistan.

Pada salah satu gambar yang menunjukkan passport lelaki itu, tertera namanya Al Muhd berasasl daripada Sarawak.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa dalam negara bagi mengesahkannya. -MalaysiaGazette