Home Dunia Alberto Fujimori bebas hukuman penjara 25 tahun

Alberto Fujimori bebas hukuman penjara 25 tahun

Alberto Fujimori

PERU – Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski memberi pengampunan kepada Alberto Fujimori, sekaligus membebaskan bekas pemimpin itu daripada hukuman penjara selama 25 tahun.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak di Peru dan kemungkinan menyebabkan perletakan jawatan Kabinet.

Seorang ahli politik, Alberto de Belaunde, mengumumkan di Twitter beliau telah meninggalkan Parti Kuczynski.

Pejabat Kuczynski berkata, dalam satu kenyataan berkata, penilaian perubatan menunjukkan Fujimori, yang memerintah Peru dari tahun 1990 hingga 2000, mengalami “penyakit progresif, degeneratif dan tidak dapat diubati.”

Fujimori, 79, dikejarkan ke hospital lewat Sabtu selepas tekanan darahnya turun mendadak dan mengalami tekanan luar biasa hingga membahayakan kesihatannya, menurut doktor.

Walaupun ramai menganggap Fujimori sebagai diktator yang korup, tetapi masih ada memuji beliau yang mengakhiri krisis ekonomi dan pemberontakan berdarah semasa zamannya pemerintahannya.

Pengampunan itu dikatakan merupakan janji Kuczynski terus kekal sebagai presiden tetapi dinafikan.

Sebelum pengumuman itu, Kuczynski memanggil Kabinet dan parti pemerintah untuk mengadakan pertemuan luar biasa pada malam Krismas. – MalaysiaGazette