Home Dunia Lebih 15,000 sokong Alexei tentang Putin

Lebih 15,000 sokong Alexei tentang Putin

MOSCOW – Lebih 15,000 rakyat Rusia hari ini berkumpul tanda sokongan terhadap calon presiden daripada pembangkang, Alexei Navalny menentang Presiden Vladimir Putin pada pilihan raya, Mac tahun depan.

Selain Moscow, penyokong Navalny turut berkumpul di 20 lagi bandar, termasuk Vladivostok dan Saint Petersburg bagi menyokong pencalonannya untuk bertanding pada pilihan raya yang dijadualkan pada 18 Mac depan.

Menurut jurucakap kempennya, lebih 15,000 orang sudah menyatakan sokongan terhadap Navalny, iaitu melebihi jumlah minimum 500 undi yang diperlukan oleh calon bebas untuk membolehkan pencalonannya didaftarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.

Baru-baru ini, Putin, 65, mengumumkan beliau akan bertanding bagi penggal keempat, sekali gus mengekalkan kuasa sebagai presiden hingga 2024 dan menjadinya pemimpin Russia yang paling lama berkhidmat sejak Joseph Stalin.

Putin dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kedudukannya, walaupun bakal dicabar beberapa pemimpin pembangkang.

Sementara tu, Navalny berkata, beliau akan mencabar keputusan itu di mahkamah jika tidak dibenarkan bertanding.

Beliau turut mengulangi ancamannya untuk berkempen supaya pilihan raya itu diboikot.

“Pilihan raya ini perlu dibatalkan jika mereka (pihak berkuasa) tidak jujur,” kata Navalny kepada penyokongnya. – MalaysiaGazette