Gambar hiasan. foto Getty Images

NEW YORK – Harga minyak meningkat dua peratus ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun didorong oleh ketegangan di Iran yang merupakan ahli OPEC selama enam hari berturut-turut serta pengukuhan data ekonomi Amerika Syarikat dan Jerman.

Kontrak hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate ditutup pada AS$6163 setong, naik AS$1.26 atau 2.1 peratus.

Penanda aras antarabangsa Brent ditutup pada AS$67.84 setong, meningkat AS$1.27.

“Ketegangan di Iran merupakan faktor utama di dalam peningkatan harga minyak ditambah dengan data ekonomi kukuh yang sekaligus menyebabkan rali berterusan,” kata rakan kongsi di Again Capital LLC di New York, John Kilduff.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast