LONDON – Siapa sangka enam pemain bola sepak terkenal dunia yang ada di antara mereka bukan beragama Islam dan tidak minum minuman beralkohol.
Berkongsi laporan Sokkaa.com, enam pemain bola sepak itu sudah berhenti mengambil minuman keras kerana memiliki pengalaman tertentu.
Contohnya bintang dunia, Cristiano meninggalkan minuman keras setelah bapanya meninggal dunia kerana alkohol.
“Saya lebih suka minum Red Bull ketika membelikan champagne untuk kawan-kawan. Itu tak jadi masalah. Saya suka tengok kawan-kawan saya gembira,” kata pemain Real Madrid itu.
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane pula mengakui dia sudah lupa bila kali terakhir dia pergi ke kelab malam dan minum bir. Kane kini lebih gemar memilih bermain golf berbanding minum di kelab malam.
Bagi Franck Ribery yang menukar agama kepada Muslim pada 2002, dia seorang pemain yang sangat menolak minuman keras.
Bintang Bayern Munich itu sering menolak memegang bir ketika bergambar bersama pasukannya untuk salah satu penaja Bayern, Paulaner.
Gareth Bale juga merupakan salah seorang pemain bukan Muslim yang menolak minum bir. Bale menolak mengambil minuman beralkohol kerana ingin mendapatkan tubuh yang sihat.
Yaya Toure juga pernah menolak menerima champagne selepas menjadi pemain terbaik ketika Manchester City mengalahkan Newcasle United pada pertandingan Liga Perdana Inggeris pada 2012.
Ketika rakan sepasukan di Manchester City, Joleon Lescott ingin memberi sebotol champagne, Toure berkata: “Terima kasih. Saya tidak minum kerana saya Muslim.”
Sementara itu, Javier Hernandez walaupun bukan seorang Muslim mengaku dia mengagumi Nabi Muhammad SAW. Hernandez juga melakukan beberapa amalan seorang Muslim termasuk cara berdoa. Hernandez juga tidak mengambil minuman beralkohol. – MalaysiaGazette