Polis mengawal ketat kawasan resort Acapulco selepas berlaku pertempuran antara polis dan penduduk setempat. foto Agensi

MEXICO – Seramai 11 orang terbunuh selepas berlaku tembak menembak antar apenduduk setempat dengan polis di pinggir resort Acapulco di tepi pantai Mexico.

Kejadian itu berlaku dalam komuniti pekebun La Concepcion, di selatan Acapulco, setelah seorang pemuda didakwa melakukan kelakuan tidak senonoh semasa pesta kota awal pagi Ahad.

Lapan penduduk tempatan dan tiga anggota polis terbunuh dalam serangan tersebut.

Seramai 30 anggota polis tempatan, yang telah diberi kuasa oleh pegawai negeri untuk beroperasi di bandar kecil itu telah ditangkap, menurut Pegawai Keselamatan Negara, Roberto Alvarez.

Acapulco adalah bandar terbesar di negeri selatan Guerrero, salah satu daripada kawasan Mexico yang paling tidak aman dan pusat pengeluaran opium.

Keganasan berlaku di kawasan ini disebabkan perang pengedaran dadah.

Keganasan di negeri ini juga telah diberi makan oleh peperangan turf di atas pengedaran dadah seperti kokain dan methamphetamine.

Resort pantai ini sebelum ini merupakah salah satu destinasi yang paling terkenal di Mexico dan sejak beberapa dekad menjadi pilihan bintang-bintang Hollywood.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Acapulco telah diganggu oleh peperangan geng ganas dan kini menjadi salah satu bandar pembunuhan dunia. – MalaysiaGazette