Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (enam kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (lima kanan) bergambar kenangan dengan pesara-pesara polis pada Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Peruntukan RM3 juta setiap tahun selama tiga tahun dari kerajaan dalam Tabung Amanah Warisan Polis bagi membantu dan menjaga kebajikan pesara-pesara polis.

Itu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Perdana Menteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra disini hari ini.

Najib juga mengumumkan kuota haji khas kepada pesara-pesara polis selain kerajaan juga akan memperuntukan setengah daripada skim perumahan mampu milik kepada pesara polis.

Beliau juga mengumumkan pembukaan cawangan persatuan pesara polis di setiap negeri.

“PDRM merupakan sebuah institusi tertua dalam negara dan merupakan tonggak kepada kestabilan serta keselamatan negara,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.