Home Nasional Suhakam sambut baik penubuhan Mahkamah Khas

Suhakam sambut baik penubuhan Mahkamah Khas

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyambut baik pengumuman Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif berhubung penubuhan mahkamah khas bagi menyegerakan penyelesaian kes pemerdagangan manusia.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata, Suhakam telah membincangkan cadangan penubuhan Mahkamah Khas bagi kes-kes pemerdagangan manusia sejak beberapa tahun di dalam pelbagai mesyuarat.

Menurutnya, Mahkamah Khas ini perlu mengambil kira keperluan mangsa dan menyasarkan agar tidak berlakunya eksploitasi pemerdagangan manusia lebih lanjut terhadap mangsa.

“Diharapkan mahkamah ini akan mempertimbangkan keadaan mangsa dan mengguna pakai protokol mahkamah dalam memberi perlindungan terhadap mangsa yang pernah mengalami trauma.

“Antara lain adalah lantikan pendakwaraya yang berkebolehan dan hakim yang komited terhadap kes pemerdagangan manusia,” katanya dalam kenyataan di sini

Suhakam juga, katanya, agar hakim yang mendengar kes pemerdagangan manusia akan diberikan latihan dalam bidang pemerdagangan manusia.

Ia bagi memastikan perlindungan dan sepenuhnya terhadap mangsa pemerdagangan manusia dapat diberikan di semua peringkat perundangan selaras dengan piawaian Protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – MalaysiaGazette