Home Ekonomi Tenaga buruh November 2017 susut sedikit

Tenaga buruh November 2017 susut sedikit

Projek-projek pembinaan akan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2017 merosot 0.1 mata peratus kepada 67.9 peratus berbanding pada bulan sebelumnya.

Jumlah tenaga buruh pada tempoh itu adalah 15.08 juta orang berbanding 15.09 juta pada Oktober 2017, menurut Jabatan Perangkaan.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2017 naik 0.2 mata peratus.

Kadar pengangguran turun 0.1 mata kepada 3.3 peratus pada November 2017 berbanding Oktober 2017. Perbandingan tahun ke tahun juga menunjukkan Kadar pengangguran turun 0.1 mata peratus berbanding November 2016.

Berdasarkan pelarasan musim bulan ke bulan, kadar pengangguran pada November 2017 turun 0.1 mata peratus kepada 3.4 peratus. – MalaysiaGazette