Home Dunia Sri Lanka musnahkan 900 kg kokain

Sri Lanka musnahkan 900 kg kokain

Sekumpulan anggota polis mengumpul rampasan 928 kilogram kokain yang dirampas pada tahun 2016 untuk dimusnahkan. foto Agensi

COLOMBO – Pihak berkuasa Sri Langka memusnahkan lebih 900 kilogram kokain yang merupakan rampasan tunggal terbesar dadah di negara itu.

Pemusnahan dadah itu merupakan program pertama di Sri Lanka ketika pihak berkuasa berusaha untuk menghalang penyeludupan dadah menggunakan Pulau Samudra Hindia sebagai transit untuk pengedaran dadah di rantau ini.

Dalam proses pemusnahan itu, anggota-anggota polis mencairkan kokain yang dibungkus dalam 30 guni di hadapan seorang majistret di pusat prapemprosesan sebuah syarikat simen di luar ibu kota Colombo.

Ia kemudiannya diambil dimusnahkan menggunakan peralatan simen di utara ibu kota.

Kokain seberat 928 kilogram (2,045 pon) dirampas pada 2016 di pelabuhan utama Sri Lanka hasil maklumat orang ramai.

Dadah itu disembunyikan di dalam sebuah kontena yang membawa kayu dalam sebuah kapal layar dari Ecuador ke India.

Jurucakap polis berkata, dadah-dadah itu bukan untuk dihantar ke Sri Lanka, lantaran itu tidak ada suspek ditangkap.

Menteri Undang-Undnag dan Perintah Sri Lanka, Sagala Rathnayaka berkata, negara itu telah digunakan sebagai transit oleh pengedar-pengedar dadah dan sebahagian daripadanya dibawa masuk ke negara tersebut.

“Pemusnahan dadah ini memberi isyarat bahawa Sri Lanka sangat serius tentang dasar toleransi sifar,” katanya. – MalaysiaGazette