PARIS – Seorang lelaki 34 tahun dimasukkan dalam unit kecemasan di hospital di Leicester apabila mengalami bengkak di leher dipercayai kesan akibat menahan bersin.

Kes itu didedahkamn oleh penyelidik di dalam jurnal perubatan BMJ Case Reports yang berkata sikap suka menahan bersin boleh mendatangkan kesan buruk apabila tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak berisiko untuk pecah.

“Pesakit menjelaskan rasa meletup pada lehernya selepas cuba menahan bersin dengan memicit hidung dan menutup mulut,” kata doktor menerangkan secara terperinci dalam kajian diterbitkan jurnal perubatan BMJ Case Reports.

Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) mengesahkan anggapan mereka, daya tekanan menahan bersin menyebabkan belakang tekak mangsa terkoyak dan terbuka.

Lelaki itu, yang tidak boleh menelan atau bercakap, dimasukkan ke hospital di mana dia diberi makan menggunakan tiub dan antibiotik intravena sehingga bengkak dan sakit hilang. Dia dibenarkan keluar selepas seminggu dirawat.

“Menahan bersin dengan menyekat lubang hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya dan perlu dielakkan,” kata doktor dipetik sebagai berkata.

Dalam kes jarang berlaku, menyekat bersin menjurus kepada keadaan di mana udara terperangkap antara peparu malah memecahkan aneurisme serebrum, keadaan saluran darah bengkak seperti belon dalam otak. – MalaysiaGazette