BEIRUT – Kumpulan Hizbullah melakukan serangan hendap secara besar-besaran berhampitran sempadan Lubnan-Palestin yang menyebabkan ‘insiden keselamatan’ di al-Jalil, awal pagi ini.

Walaupun tentera Israel menapis maklumat di zon peperangan, media negara itu melaporkan tembakan dilepaskan dan helikopter dikerah ke bandar Kiryat Shmona.

Perkembangan terkini yang mempunyai sedikit maklumat itu diperolehi menerusi unit media pejuang Hizbullah yang berhadapan dengan tentera Israel pada malam tadi.

Pada jam jam 11 malam semalam, pejuang Hizbullah memantau tentera Israel yang cuba menyerbu bandar Odeissah.

Tentera penceroboh itu diserang hendap mengakibatkan pertempuran berlaku di kawasan tersebut, yang mana pertempuran sengit telah pun berlaku sejak beberapa hari lalu.

Odeissah turut menjadi saksi pembunuhan sekurang-kurangnya sembilan anggota dan pegawai tentera Israel dari Unit Egoz dan Unit Yahalom Divisyen 98 pada Khamis lalu.

Pada pertempuran tersebut, satu letupan meletus dalam kalangan tentera Israel menyebabkan ada antara mereka terbunuh manakala yang terselamat terpaksa berundur.

Pada jam 1.50 pagi tadi, pejuang Hizbullah menyerang bandar itu dan sehingga Subuh pertempuran masih lagi berlaku, menurut kenyataan Unit Media Tentera Hizbullah.

Di penempatan Yuval, sekumpulan tentera Israel diserang dengan roket yang dilancarkan kumpulan Hizbullah.

Pejuang Hizbullah turut menyerang tentera Israel di penempatan Kfar Giladi yang terletak di al-Jalil, bertentangan dengan bandar Kfar Kila dan Odeissah, Lubnan.

Pertempuran di sebalah barat menyaksikan tentera Israel di Khilat Abir dan Yaroun menjadi sasaran roket pada jam 2.20 pagi.

Pengumuman itu mendedahkan serangan hendap yang dilakukan Hizbullah telah membunuh dan mencederakan lebih 20 anggota tentera elit musuh, bagaimananpun maklumat tersebut dirahsiakan Israel. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast