Home Ekonomi Harga Brent hampiri AS$70 setong

Harga Brent hampiri AS$70 setong

 

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini selepas berlaku penurunan inventori di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, harga masih kekal di bawah kenaikan tiga tahun tinggi selepas bekalan minyak kekal mencukupi.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$69.48 pada 0103 atau 0.1 peratus daripada harga penutup. Pada hai Isnin, Brent merekodkan harga AS$70.37 paras tertinggi sejak Disember 2014.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) pula diniagakan pada harga AS$64.15 setong, naik AS$0.18 atau 0.3 peratus berbanding harga akhir. WTI merekodkan harga kemuncak pada Disember 2014 sebanyak AS$64.89 setong pada hari Selasa.

Usaha mengawal pasaran dan menaikkan harga minyak ini diterajui oleh OPEC dan Rusia dengan mula mengawal pengeluaran pada Januari tahun lalu dan perjanjian itu akan bertahan sepanjang tahun ini.

Inventori minyak A.S. jatuh sebanyak 5.1 juta tong pada minggu yang berakhir pada 12 Januari kepada 411.5 juta, menurut Institut Petroleum Amerika pada hari Rabu.

Loji penapisan minyak mentah Amerika Syarikat merosot sebanyak 420,000 sehari dan stok-stok produk tapisan meningkat, menunjukkan bekalan mencukupi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast