SINGAPURA – Seorang pembantu rumah ditahan selepas membuang pelbagai barang dari tingkat dua rumah pangsa.
Polis dimaklumkan kejadian itu berlaku di Blok 623, Ang Mo Kio Avenue 9 kira-kira 2.30 petang.
Pembantu rumah warga Indonesia itu didakwa membuang beberapa barang dari tingkat rumah tersebut termasuk kerusi roda.
Sejumlah barangan yang dibuang boleh dilihat di kaki lima blok berkenaan.
Pada masa sama, terdapat 20 orang sedang berkumpul di blok itu kerana persaingan Pokemon Go. Namun tidak ada orang yang cedera.
Pembantu rumah itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Majikan pembantu rumah itu memaklumkan, wanita itu baru bekerja sejak sebulan lalu. – MalaysiaGazette
Comments are closed.