Penganut agama Hindu dilihat mula memenuhi Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam sempena kedatangan festival Thaipusam ketika tinjauan wartawan Malaysia Gazette di Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Gara-gara fenomena gerhana pada Hari Thaipusam nanti semakin ramai penganut agama Hindu melakukan ritual agama mereka lebih awal.

Melakukan ritual lebih awal bukan suatu yang pelik sebelum ini namun kali ini jumlah agak luar biasa.

Tinjauan Malaysia Gazette di Batu Caves hari ini mendapati sudah ramai penganut Hindu membayar nazar dengan membawa kavadi dan belanga susu walaupun jarak Thaipusam pada 31 Januari masih ada 10 hari lagi berbaki.

Beberapa penganut agama Hindu dilihat membawa bekas berisi susu menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam untuk bersembahyang sempena kedatangan festival Thaipusam ketika tinjauan wartawan Malaysia Gazette di Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JANUARI 2018

Biasanya mereka yang melakukan ritual itu awal dua tiga hari sahaja sebelum Thaipusam bagi mengelakkan kesesakan orang ramai yang melakukan perkara yang sama.

Tinjauan mendapati Kuil Batu Caves hari ini sudah meriahmasih tdengan ribuan penganut membanjiri tempat ibadat itu melaksanakan ritual yang menjadi amalan menjelangnya sambutan Thaipusam.

Baru-baru ini, timbul kontroversi apabila Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves tidak akan ditutup kepada penganut Hindu daripada menunaikan nazar sempena Thaipusam walaupun ada ramalan berlakunya fenomena gerhana bulan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, Malaysia Hindu Sangam (MHS) mengeluarkan kenyataan bahawa kuil Hindu tidak boleh dibuka mahupun mengadakan upacara keagamaan semasa berlakunya fenomena gerhana bulan pada sambutan hari Thaipusam, 31 Januari ini.

Tinjauan Malaysia Gazette selama dua hari berturut-turut mendapati rata-rata penganut Hindu tidak mahu terlibat dengan kontroversi berkaitan tetapi tidak mahu melakukannya ketika waktu gerhana.

Menurut Gangga Sathasivam, 30, yang juga seorang eksekutif perniagaan, dia bersama keluarnya sanggup keluar awal untuk menunaikan nazar kali ini kerana mengakui tidak selesa dengan keadaan gerhana ketika Thaipusam.

Akuantan, Gangga Sathasivam,30 tahun ketika ditemubual wartawan Malaysia Gazette di Perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam, Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JANUARI 2018

“Memang mengikut kepercayaan Hindu,  kuil tidak akan dibuka sepanjang tempoh gerhana dan kami juga tidak akan sesekali digalakkan keluar rumah, bimbang terkena ‘panahan negatif’ akibat gerhana.

“Kami tidak mahu ambil risiko tersebut, walaupun kuil akan dibuka pada hari itu. Lebih baik pada kami untuk melakukan amalan yang kami percaya selama ini” katanya.

Lain pula untuk Thanaletchumy Anggamathu, 55, suri rumah yang menganggap ritual itu terpulang kepada induvidu.

Surirumah, Thanalecthumy Anggamathu, 55 tahun ketika ditemubual wartawan Malaysia Gazette di Perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam, Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JANUARI 2018

“Saya datang ke kuil bersama keluarga untuk menunaikan nazar lebih awal hari ini daripada kebiasaan kerana hujung minggu lebih senang kerana masing-masing cuti kerana Thaipusam kali ini jatuh pada hari Rabu.

“Terpulang pada induvidu dan kuil itu sendiri adakah mereka mahu menutup kuil atau mahu melakukan amalan membayar nazar lebih awal,” katanya.

Menurut Murugan Subramaniam, 60, yang merupakan pemandu lori, dia sentiasa hadir melakukan upacara belanga susu lebih awal daripada tarikh Thaipusam kerana jumlah pengunjung boleh mencecah jutaan.

Pemandu Lori, Murugan Subramaniam, 60 tahun ketika ditemubual wartawan Malaysia Gazette di Perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam, Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JANUARI 2018

“Oleh yang demikian, saya yang juga mempunyai anak-anak dan cucu akan datang awal daripada tarikh Thaipusam. Ini tiada kaitan dengan gerhana atau sebaliknya.

“Saya memang sedia maklum dengan impak negatif fenomena gerhana bulan tetapi penganut boleh memilih untuk tidak melakukan upacara ketika tempoh itu dan menyambungnya selepas itu,” ujarnya.

Sementara itu, Saroja Kaliappan, 42, yang merupakan peniaga sambilan berpendapat, gerhana bulan sememangnya memberi impak tidak baik penganut Hindu dan tidak elok membuka kuil ketika itu.

“Saya rasa bukan idea yang baik untuk membuka kuil ketika itu, tetapi terpulang kepada umum bagaimana mereka melihatnya. Nasib tidak baik kerana tarikh Thaipusam dan gerhana jatuh pada waktu yang sama.

“Kita pegang teguh pada ritual seperti ini sejak dahulu lagi tetapi pada masa yang kita juga telah bernazar, seperti keluarga saya sejak turun temurun kita akan melakukan upacara belanga susu setiap tahun. Kerana itu, saya datang lebih awal,” tegasnya.- MalaysiaGazette

Kuil Hindu tak boleh dibuka ketika fenomena gerhana – MHS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast