Cristiano Ronaldi. Foto The Sun.

MADRID – Real Madrid terpaksa membayar harga mahal selepas membelasah Deportivo La Coruna kerana penyerangnya, Cristiano Rpnaldo mengalami luka di kepala.

Bintang dunia itu meninggalkan padang dalam keadaan berlumuran darah di kepala selepas menjaringkan gol keenam Real pada aksi di Stadium Bernabeu itu.

Ronaldo melakukan tandukan terbang namum kaki pertahanan lawan, Fabian Schar terkena kepalanya ketika cuba mengeluarkan bola.

Pengendali Real Zinedine Zidane memberitahu, Ronaldo mengalami luka dan telah mendapat dua atau tiga jahitan namun berada dalam keadaan baik.

Kemenangan besar itu menamat badi kekalahan selepas tiga kali tewas dalam perlawanan sebelum ini.

Zidane turut memuji sumbangan Gareth Bale yang menunjukkan aksi yang konsistem

“Satu keputusan yang luar biasa apabila memenangi perlawanan terutama dengan tujuh gol di tempat sendiri.

“Bukan selalu kita dapat tujuh gol di Bernabeu, jadi ia satu hari yang mengembirakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast