SINGAPURA- Pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan harga minyak turun pada hari ini dan pasaran minyak mentah dijangka kembali lemah dalam tempoh terdekat.

Brent didagangkan pada kadar AS$70.11 satu tong pada 0103 GMT, menyusut 31 peratus atau 0.4 peratus berbanding ketika ditutup sebelum ini.

Brent mencecah paras tertinggi Disember 2014 pada AS$71.28 pada hari sebelumnya.

West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$65.24 satu tong, turun 27 cent, atau 0.4 peratus berbanding ketika ditutup semalam.

WTI juga mencecah paras tertinggi Disember 2014 pada hari sebelumnya pada AS$66.66.

Peniaga berkata, harga mendapat sokongan daripada pengukuhan dolar.

Nilai dolar AS kembali meningkat pada Khamis selepas Presiden Donald Trump berkata, beliau mahukan dolar yang kukuh.

Sehari sebelum itu, dolar AS jatuh apabila Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin, berkata beliau menyambut baik dolar yang lebih lemah.

Pedagang kebiasaannya mengalihkan wang antara dolar dan minyak mentah, bergantung kepada tinjauan masing-masing.

Berikutan minyak didagangkan dalam dolar, perubahan dalam nilai dolar memberi kesan kepada permintaan minyak kerana ia memberi kesan kepada harga bahan api yang dibeli, khususnya bagi negara menggunakan mata wang domestik.

Selain pasaran mata wang, penganalisis berkata, tinjauan jangka pendek minyak kelihatan lemah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast