PEKAN – Semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang perlu menjalani saringan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu dijadikan prosedur operasi standard (SOP) baharu penganugerahan yang perlu dipatuhi sebelum baginda berkenan nama individu tersebut selaku penerima.
“Saya juga akan membuat kod etika yang perlu dipatuhi oleh mereka (penerima darjah dan pingat)…tak perlu untuk saya sentiasa mengingatkan penerima supaya menjaga kelakuan mereka.
“Kajian juga akan dilakukan supaya penganugerahan ini akan gugur secara automatik jika mereka didapati bersalah melanggar undang-undang,” titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.- BERNAMA
Cadangan amat disokong !. Kerana apabila penerima telibat dengan jenayah rakyat akan tanya siapa yang bagi pingat kat dia yang berperangai macam ?.