Home Dunia Belon panas bawa warga emas terhempas

Belon panas bawa warga emas terhempas

Pasukan paramedik memberi bantuan kecemasan kepada tujuh penumpang belon panas yang terhempas di Dixons Creek, Melbourne. foto Agensi

MELBOURNE – Tujuh orang dikejarkan ke hospital dengan kecederaan dan patah tulang belakang selepas belon udara panas terhempas di Dixons Creek, kira-kira 60 kilometer di utara Melbourne.

Mangsa-mangsa yang cedera kebanyakan berusia 60an dan mereka dilaporkan stabil.

Media tempatan melaporkan sebahagian mangsa dilaporkan terjatuh dari bakul semasa belon itu cuba mendarat setelah angin kuat.

“Belon itu tidak dapat dikawal selepas berlaku perubahan angin barat daya yang tidak dijangka dan juruterbang belon mengalami kesukaran untuk mendarat,” menurut Damian Crock, seorang jurucakap pengusaha belon.

Belon itu dilaporkan dikendalikan oleh Go Wild Ballooning, yang menawarkan penerbangan di atas Lembah Yarra, yang menawarkan pemandangan ladang anggur dan gunung. – MalaysiaGazette