Dalam ucapan penuh keyakinan ini, disampaikan pentingnya peranan angka dan data yang dikendalikan secara bijaksana, berpaksikan nilai iman seperti yang ditegaskan dalam Surah Ash-Shu’ara.
Disusuli dengan pencapaian ekonomi negara yang memberangsangkan — termasuk pertumbuhan KDNK, pengurangan defisit fiskal, kadar inflasi rendah, pelaburan tertinggi dalam sejarah, dan lebihan dagangan selama 27 tahun berturut-turut — semua ini menjadi bukti bahawa struktur ekonomi madani dan reformasi yang dijalankan telah meletakkan asas kukuh bagi daya tahan ekonomi domestik yang mampan.















