Home Ekonomi Stok minyak sawit susut 6.75% Januari lalu

Stok minyak sawit susut 6.75% Januari lalu

Kelapa sawit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Stok minyak sawit Malaysia pada Januari 2018 susut 6.75 peratus kepada 2.55 juta tan daripada 2.73 juta yang dicatat pada Disember 2017, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Stok minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 5.72 peratus kepada 1.57 juta tan semasa tempoh tersebut, daripada 1.67 juta tan dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut MPOB dalam kenyataan hari ini.

Stok minyak sawit diproses turun 8.37 peratus kepada 973,965 tan daripada 1.06 juta sebelum ini.

MPOB juga berkata pengeluaran MSM merosot 13.49 peratus kepada 1.59 juta tan pada Januari 2018 daripada 1.83 juta tan pada Disember 2017.

Pengeluaran isirung sawit kurang 10.03 peratus kepada 418,422 tan pada Januari 2018 daripada pengeluaran Disember 2017 sebanyak 465,062 tan, menurut agensi itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast