IMBAS KEMBALI.Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali (kiri) menunjukkan kad identiti pekerjaan warga asing yang dipalsukan sambil diperhatikan oleh Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Hamidi Adam (dua kiri) pada Sidang Media Operasi Rampasan Dokumen Palsu Pekerja Asing di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur pada 15. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 NOVEMBER 2017

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen akan mempertimbangkan tindakan tegas termasuk pengusiran terhadap pekerja warga asing yang melakukan kesalahan berulang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata cadangan itu adalah hasil maklum balas daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pelbagai kesalahan jalan raya dilakukan pekerja warga asing.

Antara kesalahan berulang yang dilakukan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan, menggunakan dokumen palsu serta kesalahan trafik lain, katanya.

“Walaupun jumlah mereka (yang melakukan kesalahan jalan raya) adalah kecil, tetapi kita tidak boleh berkompromi, walaupun mereka ada pas sah (untuk bekerja).

Tindakan pengusiran boleh dilakukan jika mereka terus-menerus melakukan kesalahan di bawah APJ 1987,” katanya pada sidang media selepas sesi libat urus bersama wakil JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast