Home Ekonomi ONEBusiness untuk PKS Sarawak

ONEBusiness untuk PKS Sarawak

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perusahaan Maxis, Loong Tuck Weng berkata, penyelesaian bagi membolehkan PKS mengembangkan perniagaan itu merangkumi panggilan tanpa had, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), data boleh dikongsi serta rangkaian 4G.

“Seiring perkembangan pasaran digital pada masa ini, adalah penting untuk memastikan PKS memiliki penyelesaian perniagaan yang tepat agar sentiasa berdaya saing.

“Menerusi ONEBusiness Office, PKS di Sarawak akan mempunyai akses kepada penyelesaian perniagaan bercirikan semua-dalam-satu tanpa perlu bimbang mengenai keperluan mengurus pelbagai akaun.

“Ini sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan terhadap usaha mengembangkan perniagaan masing-masing. Lebih menarik, ONEBusiness turut disokong oleh rangkaian utama negara iaitu 4G,” katanya.

Bandar utama liputan itu termasuk Kuching, Bintulu, Sibu, Miri dan Lanang dan akan diperluaskan ke bandar lain pada masa depan.

Sementara itu, Ketua Wilayah Sarawak Maxis, Alexius Bong berkata, penggunaan data dalam kalangan pelanggan di Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di negara ini.

“Oleh itu, penyelesaian yang menawarkan perkongsian data seperti ini adalah menarik untuk PKS yang mahu mengoptimumkan kos. Seiring usaha berterusan Maxis mengembangkan rangkaian 4G, lebih banyak perniagaan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi di pejabat dan secara mudah alih,” katanya.

Pakej ONEBusiness Office itu meliputi tiga talian mudah alih dan satu talian tetap jalur lebar dengan panggilan tiada had serta SMS pada harga RM320, perkongsian data 135 GB dan peranti 4G terbaru yang boleh dipilih pengusaha PKS.

Selain itu, pakej itu turut memberi pilihan kepada pemilik perniagaan untuk menambah sehingga 11 talian pada harga RM48 setiap satu dan kemudahan ONEBusiness Fibre Internet pada kadar istimewa RM168 yang ditawarkan sehingga 31 Mac ini.

Kalangan PKS boleh mendapat maklumat lanjut Maxis ONEBusiness Office dengan melayari www.maxis.com.my/onebusinessoffice. – MalaysiaGazette