Home Nasional Rosmah tepis dakwaan Permata untuk kepentingan peribadi

Rosmah tepis dakwaan Permata untuk kepentingan peribadi

LANGKAWI – Program Permata yang dipekenalkan 10 tahun lalu bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya ia demi pembangunan negara, demikian kata penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, Permata juga memberikan sumbangan kepada negara bukan seperti yang didakwa pihak pembangkang sebelum ini iaitu digunakan untuk kepentingan peribadi.

“Ada juga desakan untuk saya meletakkan jawatan tetapi tak apalah, apa orang nak kata walau pedih di hati saya biarkan sahaja bagaikan angin yang lalu.

“Saya berpegang dengan prinsip setiap kanak-kanak adalah aset dan permata negara. Mereka berhak mendapat peluang sama untuk membesar dengan ceria serta menjadi sebahagian modal insan negara.

“Saya akan terus gagahkan diri meneruskan perjuangan murni ini dan janganlah kita mudah termakan dengan berita palsu yang sengaja ingin mempolitikkannya,” katanya ketika berucap semasa Majlis Perasmian Pusat Anak Permata Negara Langkawi di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini.

Pusat Permata Langkawi merupakan pusat yang ke-89 sejak 10 tahun program ini ditubuhkan dan pusat yang keempat di Kedah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast