DAMSYIK -Wanita Syria mengaku bersungguh-sungguh untuk berkahwin pada usia 30 tahun namun kerana konflik di situ, jumlah kaum Adam semakin berkurangan.
Nou, seorang pelajar berkata, terlalu inginkan sebuah perkahwinan namun mendedahkan sukar bertemu lelaki bujang.
“Saya berharap cincin perkahwinan akan menghiasi jari ini suatu hari nanti.
“Tetapi, tiada lagi lelaki muda. Semua mereka tidak kelihatan sejak beberapa tahun lalu. Saya menyedari penurunannya dari setahun ke setahun,”kata Nour.
Katanya, pilihan agak terhad kerana hampir tidak ada lelaki bersesuaian untuk dikahwini dan ramai pula yang sudah berkahwin atau terlalu tua.
Ketika konflik Syria tercetus pada 2011 dengan tunjuk perasaan besar-besaran, Nour sedang sibuk menyiapkan diri untuk menerima ijazah pertamanya dalam bidang ekonomi. -MalaysiaGazette