Home Dunia 17 maut ditimbus sampah

17 maut ditimbus sampah

Pasukan penyelamat dan penduduk sedang mencari mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sampah. foto Agensi

MOZAMBIQUE – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh di bandar Maputo dan ramai lagi yang cedera selepas kawasan longgokan sampah runtuh.

Insiden itu menyebabkan rumah-rumah penduduk yang dibina di tepi-tepi lereng kawasan pembuangan sampah setinggi 15 meter tertimbus.

Kawasan itu dikenali sebagai penempatan penduduk miskin di bandar tersebut.

Pasukan penyelamat kini sedang mengesan mangsa-mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Leonilde Pelembe percaya lebih ramai mangsa yang terperangkap.

“Maklumat yang diterima ialah jumlah penduduk yang menetap di rumah-rumah itu sudah melepasi angka kematian yang direkodkan,” kata Pelembe. – MalaysiaGazette