Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KOTA BHARU – Majlis Syura Ulama Pas telah meluluskan 90 peratus senarai calon yang dihantar oleh Pas negeri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata, setiap negeri menghantar sekurang-kurangnya dua atau tiga nama bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Di peringkat parti kita teliti calon-calon tersebut dan kita serahkan balik kepada negeri masing-masing untuk turunkan calon-calon yang telah dicadangkan,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Pasir Tumboh, di sini malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, ada beberapa negeri belum menghantar maklumat lengkap mengenai calon yang bakal mewakili parti itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast