Wayne Rooney. Foto goal.com.

LONDON – Wayne Rooney mendedahkan dia sanggup memilih tekanan tinggi yang menyebabkan dirinya kembali ke Everton berbanding mendapat gaji yang lumayan di China.

Akhir musim lalu, bekas kapten England itu dikaitkan dengan perpindahan ke negara Asia itu pada bulan-bulan terakhir kariernya di Manchester United.

Namun bekas kapten United itu membuat keputusan mengejut untuk kembali ke kelab yang ditinggalkan 13 tahun lalu.

Rooney berkata, dia melihat kerjayanya bukan hanya  ‘memperoleh banyak wang’ di luar negara.

“Itu bukan saya dan ada matlamat itu iaitu beraksi dalam tekanan. Keinginan untuk bermain akan hilang jika saya memilih wang.

“Saya tahu bahawa kembali ke Everton lebih banyak tekanan, itulah yang saya mahukan,” katanya kepada Football Focus di BBC.

Rooney menambah, dia akan membuktikan kepada peminat Everton untuk memenangi trofi buat kelab itu.

“Saya harap dalam masa dua atau tiga tahun akan datang, kami boleh melakukannya,” ujar Rooney. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast