Azlan Man

KANGAR –  Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man kecewa dengan segelintir veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menentang kerajaan sebaik menamatkan perkhidmatan.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan ialah ada antara mereka berpangkat tinggi semasa berada dalam perkhidmatan.

“Mereka sebaiknya menyuarakan perasaan tidak puas hati termasuk memberi teguran dan pandangan, bukan menunjukkan sikap menentang jika benar-benar ingin memperbaiki keadaan,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke 8/2018 Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejiman Renjer Diraja (RRD), di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua persatuan itu Abd Rahman Ibrahim dan pengerusi Persatuan Veteran ATM cawangan Perlis, Datuk Idrus Kassim.

Azlan berkata kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengambil berat kebajikan bekas anggota ATM dan keluarga mereka samada semasa mereka masih bertugas atau selepas tamat perkhidmatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast