KUALA LUMPUR- CIMB Group Holdings mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak  RM6.11 bilion, meningkat sebanyak 25.1 peratus bagi tahun kewangan 2017 berakhir 31 Disember lalu dipacu oleh pertumbuhan pendapatan operasi dan kos pengurusan yang lebih baik.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, CIMB berkata, keuntungan bersih meningkat sebanyak 25.6 peratus kepada RM4.48 bilion dengan pulangan pendapatan (ROE) tahunan meningkat kepada 9.6 peratus.

“Kami bangga kerana berjaya mencapai sasaran KPI pada 2017 dan merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) tertinggi sebanyak RM6.11 bilion, satu peningkatan sebanyak 25.1 peratus.

“Kedua-dua perbankan runcit dan consumer mempamerkan prestasi yang baik dengan mencatatkan pertumbuhan PBT masing-masing sebanyak 53 peratus dan 11.8 peratus.

“Prestasi perbankan komersial disokong oleh keuntungan luar jangkaan di Singapura dan Thailand malah di Malaysia juga ia mempamerkan pretasi yang baik.

“PBT CIMB Niaga meningkat sebanyak 45.7 peratus manakala CIMB Thai kembali mencatat untung,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Menurut Tengku Zafrul, nisbah kos-kepada-pendapatan adalah 51.8 peratus manakala CET1 mengukuh kepada 12.2 peratus susulan daripada usaha-usaha pengurusan modal berterusan.

CIMB mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 12 sen yang akan dibayar secara tunai atau pilihan Skim Pelaburan Semula Dividen.

Kumpulan perbankan itu telah membayar dividen keseluruhan sebanyak 25 sen atau RM2.28 bilion bagi tahun kewangan 2017.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast