KUALA LUMPUR, March 2 -- Petronas President and Group Chief Executive Officer Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin during Petronas announce fourth-quarter and year-end 2017 group financial performance at Petronas Twin Tower today. --fotoBERNAMA (2018) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited untuk membayar dividen RM19 bilion kepada kerajaan pada 2018, berbanding RM16 bilion pada 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Petronas memperuntukkan RM55 bilion bagi perbelanjaan modal berbanding RM44.5 bilion pada tempoh yang sama.

“Petronas terus memacu pengeluaran lebih tinggi dan kecemerlangan operasi telah meletakkan syarikat di kedudukan kukuh untuk melaksanakan strategi jangka panjang,” katanya semasa taklimat media mengenai prestasi kewangan 2017 Petronas di sini, hari ini.

Beliau berkata, Petronas akan memanfaatkan sepenuhnya aset serta memperluaskan perniagaan minyak dan gas utama menerusi model perniagaan bersepadu selain menambah asas sumber untuk menjamin masa depan syarikat.

“Strategi ini akan membolehkan Petronas berkembang di rantau strategik seperti ASEAN, subbenua India, Asia Barat dan Amerika,” katanya.

Keuntungan bersih Petronas pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017 melonjak 91.2 peratus kepada RM45.4 bilion daripada RM23.8 bilion pada 2016.

Perolehan turut meningkat 14.6 peratus kepada RM223.6 bilion daripada RM195.1 bilion yang dicatatkan pada 2016.

Perolehan lebih kukuh itu didorong harga jualan purata direalisasikan lebih tinggi yang diraih produk utama di samping kesan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast