Jamie Carragher. Foto The Sun.

LONDON – Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher bertindak di luar jangkaan apabila dia meludah ke arah penyokong remaja perempuan Manchester United.

Dia yang kini pengulas di Sky itu dikatakan sedang memandu sebaik sahaja perlawanan Liga Perdana Inggeris berakhir dengan keputusan United menang 2-1.

Dalam kejadian itu, Carragher dirakam mengeluarkan kepalanya dan meludah ke arah remaja perempuan yang berada di dalam sebuah kereta.

Bagaimanapun Carragher, 40, dilaporkan telah menghubungi keluarga remaja itu untuk meminta maaf.

Dia meyifatkan apa yang berlaku itu tidak boleh diterima dan memalukan dirinya.

Namun dia tidak faham kenapa pemandu kereta itu cuba merakamnya tiga hingga empat kali.

Carrangher dijangka menjadi pengulas di Sky Monday Night menjelang perlawanan Manchester United bertemu Stoke City.

Dia telah bersama dengan program ini sejak tahun 2013 dan memberi kepuasan kepadanya dengan menerima gaji satu juta pound. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast