Miguel Rodriguez Torres

CARACAS – Bekas Menteri Dalam Negeri Venezuela, Miguel Rodriguez Torres ditahan beberapa jam atas dakwaan terlibat dengan konspirasi ‘memecah-belah pasukan tentera’ negara ini sehingga membawa kemudaratan.

Torres ditahan di rumahnya selepas didapati merancang untuk melakukan serangan berniat jahat terhadap pasukan keselamatan dan tentera negara ini.

Menurut kenyataan polis, beliau dikehendaki oleh pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi individu berbahaya bagi negara kerana merancang untuk melakukan serangan dalam pasukan tentera.

“Beliau sangat dikehendaki kerana menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai bekas menteri dalam negeri untuk melakukan kemudaratan serta keselamatan dan keamanan negara tergugat.

“Torres didapati merancang konspirasi dalam pasukan tentera untuk melakukan serangan tertentu dalam masa jangka masa terdekat juga,” kata kenyataan itu.

Penahanannya itu menjelang pilihan raya presiden kontroversi pada 20 Mei depan dengan pembangkang utama mengugut untuk memboikotnya.

Protes ganas dengan menyebabkan puluhan mati berlaku tahun lalu terhadap pemerintahan Presiden Nicolas Maduro ketika rakyat negara itu bergelut dengan masalah kekurangan makanan serta ubat-ubatan.

Kemuncak kepada kekacauan itu apabila juruterbang negara,  Oscar Perez menggunakan helikopter curi untuk mengebom Mahkamah Tinggi Venezuela.

Dalam pada itu, Maduro menuduh Torres menyertai cubaan rampasan kuasa diketuai bekas presiden, Hugo Chavez pada 1992 dengan berniat untuk menggulingkan beliau.

Torres yang juga ketua risikan kepada Chavez didakwa telah merancang melakukan lebih daripada satu serangan terhadap kerajaan pada masa terdekat sehingga memaksa pihak berkuasa menangkapnya. – MalaysiaGazette