Suasana sekitar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ketika tinjauan di Kuala Lumpur hari ini. Foto AIZAT ZAINAL, 1 NOVEMBER 2024.

KOTA TINGGI – Panggilan nama atau roll call merupakan tindakan yang akan diambil bagi mengelak penderaan dan buli berlaku di Akademi Latihan Ketenteraaan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah Kementerian Pertahanan berulang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insiden buli di UPNM perlu dihentikan serta merta dengan pelbagai langkah penambahbaikan daripada segi keselamatan dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak.

“Sewaktu berada di ALK, kadet-kadet yang merupakan pelajar UPNM tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat akan bergaul. Biasanya di sini berlaku insiden tidak diingini kerana tiga hingga empat tahun meraka bersama, kerana mereka tahu siapa senior dan junior.

“Oleh itu, kita akan kerap buat, roll call selain pasang kamera litar tertutup dan sebagainya. Jika berlaku sebarang insiden seperti gaduh, maka akan selalu diadakan ‘roll call’ mungkin pukul 10 malam, 2 pagi,” katanya.

Mohamed Khaled menyampaikan sumbangan selepas merasmikan Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di Felda Asing Timur di sini hari ini.

Pada 3 Disember lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan serta-merta.

Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM, meminta semua pihak untuk berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu dan mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan.

Sebelum itu pada 27 November lalu, media melaporkan Majlis Angkatan Tentera (MAT) bersetuju menamatkan pengajian lima pegawai kadet dari UPNM yang terbabit dalam tiga kes buli di universiti berkenaan.

Pegawai kadet terbabit juga diwajibkan membayar pampasan kepada kerajaan berdasarkan jumlah perbelanjaan yang telah ditanggung sepanjang tempoh pengajian mereka.

Pada 8 November lalu, Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, menggunakan seterika wap panas pada pukul 11.45 malam di ALK UPNM di Kem Sungai Besi di sini.

Kes kedua pada 21 Oktober lalu membabitkan seorang penuntut tahun satu yang mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior.

Kes itu didedahkan pada 10 November lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ini universiti kah? Ini kem tentera! Budaya universiti bukan mcm ni…UPNM ni tak layak jadi sebuah universiti..selayaknya sbg kem tentera atau Akademi Latihan Tentera jaaa…Menteri pun tak faham apa tu Universiti

Comments are closed.